Dec 28, 2016

Update sebelum 2017

aku dah present aku punya fyp, debar dia lebih teruk daripada biasa tapi pada aku takde la sesusah pbl. Bila aku fikir balik, bila time pbl semua lecturer nak jadi singa lol. Cuma bila time fyp ni ye la sebab kau sorang2 kat depan so that's why la kau rasa camtu dengan nak defend projek lagi aigoo.

aku tengah tengok cerita goblin. aku rasa aku memang akan stick dekat cerita korea yg bertemakan fantasi ni. senang nak fikir sebab diorang takde nak ikut all those being human punya rules. Boleh teleport la semua etc so yeah kinda nice. hahaha lol

Sabtu ni aku nak amik final exam doakan aku. cite dia aku xde feel nak jawab exam woi. haish. kan bagus kalau paper yg aku amik ni semua boleh fikir logik je hahaahaha

Dan akhir 2016, aku rasa aku still lonely. Somehow being alone ni sebenarnya rasa dia sedih jugak kan. There are a lof of things i want to share but i have no one nak cerita every occurence in my life. Sedihnya T.T Kadang-kadang aku terfikir gak, kawan-kawan aku ni dah jumpa lelaki yang baik etc tapi still nak explore lagi. apa yang diorang nak sebenarnya. I guess that is one of the perk being pretty kot, you get to choose whom. Macam kawan aku si A, decide to end her 5 years of relationship sebab relationship tu dah bosan tapi lelaki tu tak buat apa2 salah pon. Benda camni buat aku wonder kalau dia x boleh nak tahan 5 tahun, macam mana lepas kahwin pulak. It will be more than 5 years. Maybe the guy does not provide her enough goals to post on instagram kot lol. Dan aku kat sini still being a potato, 21 and never have been in any relationship and pernah kena friendzone in the past year lol. Level crush je yg aku ada. Orang nak ada crush kat akunya takde lol. So, bila jodoh hensem tinggi mata biru nak sampai ni....

Okay la tu,
Aliya

Nov 30, 2016

Holiday

Doesn't feel like one.

Current feeling : Want to stop the time so that I can finish all my work and I will still have a few days to enjoy myself. The procrastination game is strong this time.

If only kerja kau boleh siap dengan sendirinya. Lol.
#fyp #test #assignment

Want to go lifetime travelling but does not have the courage and money,
Aliya

Nov 27, 2016

21

26111995

Selamat ulangtahun yang ke dua puluh satu.

Hurm.
Banyak lagi benda yang aku tak buat ni.
Yang paling utama sekali adalah nak kurus dan ada boyfriend. Wakakaka.
Okay la. Moga aku selalu dalam lindungan Tuhan.
Dan semoga tahun aku yang kedua puluh satu ini dipenuhi dengan benda-benda yang positif.

Dah 21,
Aliya

Nov 21, 2016

Pengajaran hari ini.

Jangan ponteng kelas semata-mata nak beli tiket konsert.

#coldplayforkl

Yang nak sangat pergi konsert coldplay tapi tak dapat beli pon tiket harini lepastu rasa macam nak cair je atas lantai sepanjang hari,
Aliya

Oct 3, 2016

oktober

dalam tahun 2016 ni dah dua kali aku jatuh sakit. first sekali awal 2016, aku demam seminggu sebab viral infections kat tekak. dan yang baru ni, yang keduanya kena gastrik dengan angin. perasaan dia perut macam kena kikis sambil orang pulas. dan seminggu juga aku tak datang kelas.

dan aku sudah mula tahun tiga. tiga minggu pertama aku dah rasa penat. penat dia rasa macam nak pergi cuti lama-lama lepastu dah tak nak masuk belajar lagi dah. lol

mohon jadi realistik.

dan aku harap aku survive semester ini dengan jayanya. aku perlukan segala kekuatan yang ada dekat dunia ini untuk menempuhi tahun tiga. Baru degree, belum master atau phd lagi. aku hanya mampu berhuhuhu.

pelajar tahun tiga yang baru masuk minggu keempat tapi rasa nak give up,
aliya

p/s : 1) ada fyp lagi sobs. 
dan sekarang ni aku asyik berangan nak kahwin dengan mat salleh je. lol. jadi realistik pls

Jun 27, 2016

bulan ramadhan, bulan exam

Update

Konklusinya, aku amik test tu dua kali. luls. First gagal, kedua, alhamdulillah lulus.

Sekarang bulan puasa, aku ingat nak diet tapi berat aku dengan jayanya kekal ye sepanjang bulan ni. Haih la, aku pun nak rasa kurus juga, takpe, kena kuatkan lagi semangat.

Aku juga dah berjaya dapatkan supervisor untuk projek tahun akhir. Harap semuanya okay dan keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk aku

Dan sekarang juga, aku tengah exam, dua paper dah berlalu, tinggal lagi empat. Kedua-dua paper pun aku hantar dengan linangan air mata, aku harap minimum result utk sem ni adalah B untuk kesemua subjek. Penat dah nak dapat C lepastu pointer jatuh dan jatuh.

Salam ramadhan,
Aliya

May 31, 2016

Memandu

Kalau aku fail lagi sekali, maybe aku ditakdirkan untuk tidak memandu buat sementara waktu.
Atau mungkin Malaysia bukan tempat untuk aku. luls

dan aku harap sangat aku lulus ujian kali ini
walaupun aku tau yang aku masih tak boleh nak buat 3 penjuru tu

dan juga aku tak sangka yang kau boleh '______' dengan JPJ. luls. Firsthand experience eh. luls lagi sekali.



aliya

Apr 28, 2016

Crush teruk

Kabin 

Aku akan menyayangimu dengan senyap-senyap.

This describes how i feel about you right now. You might not even know me. But the feelings I have for you is different. I would say that I have been crushing on you for a year which is the longest period of time I have been crushing on someone. And sometimes I wish my feelings for you would disappear. But it is not. Everytime I saw you, my smile would be plastered on my face for the whole day and I would feel sad if I did not see you. This is driving me crazy.

Kan senang kalau aku berani nak tegur kau. 
Kan senang kalau aku yakin dengan diri aku.
Aku akan cakap hai dulu.
Dan kau mungkin akan "Eh dah kenapa"
Aku akan tersenyum 
Kerana
Asalkan kau tahu akan kewujudan aku
Dan itu pun sudah cukup untuk aku.

Dan semoga berjaya untuk clinical year awak. Lepas ni mesti lagi susah nak nampak awak dah. Patutlah awal-awal sem selalu kombo nampak awak. Rupa-rupanya ni nak cover untuk hari-hari yang akan tiba. Semoga Allah permudahkan urusan awak dan diberi kekuatan.

Aku yang akan menyayangimu dengan senyap-senyap
Aliya


Mar 10, 2016

Happy

Dan aku still rasa happy bila nampak dia.
Fuh.
Pagi.
Nak naik lif.
Lunch.
Habis lab nak balik kolej.

Lagi teruk aku rasa sem ni.
Macam combo.
Maybe nak cover balik kot masa sem lepas aku tak nampak dia langsung.
*ketawa sambil menangis*

Apa apa pun, good luck untuk fyp awak.
May Allah bless you always.

Feb 25, 2016

duaribuenambelas

Tahun 2016 bermula dengan baik aku rasa.
Habis exam.
Pergi Bandung.
Duduk rumah.
Makan.
Tidur.

Dan sekarang nak start dah semester 4. Alhamdulillah result semester 3 aku okay cukup-cukup makan lepas target. Untuk semester 4, aku akan paksa diri aku untuk buat lebih sebab aku tahu aku boleh buat lebih dari itu. Harapnya semangat masih kuat, kekal kuat dan akan kuat.

To live from the past, in the moment, for the future :)

Dan aku berjanji dengan diri aku yang aku nak diet olok-olok untuk tahun ini. Doakan :)

Salam sayang,
Aliya