Dec 9, 2017

Early-mid december

Sakitnya bila kita jatuh hati dengan orang. Aku tak patut start and contact dia. And now hati aku yang sakit sebab dia tengah chat dengan orang lain. Dahla bluetick je aku. Gosh, i dont think i akan survive any relationships sebab it is me yang akan cling to the person, it is me yang akan love him extra whereas dia nampak aku as barang mainan, cari aku bila diperlukan, buang aku bila dah bosan.


Aliya,
Mata yang menangis, hati yang sakit

Agak-agaknya bila la aku akan jumpa orang yang betul2 sayang aku. Bukan sayang aku sebab thrill of the chasing je. Haih. 22. Pernah dicintai tapi orang yang salah.

Nov 16, 2017

Oh dah november?

Gosh rasanya dah lama aku tak menaip dalam blog ni huhuhuhu.
Fourth year. Aku survive internship weyh. 6 minggu kat Kulim siak. Aku pun wonder macam wonder jugak la hahahaha

Terima kasih untuk insan-insan yang buat aku berjaya menempuh 6 minggu yang sangat menarik. Aku pergi Penang, Ipoh dan Langkawi dengan kawan-kawan. Sampai aku pun terkejut dengan diri aku hahahaha. Memang hilang terus keluar dari aku punya comfort zone. To more growing up.
And dekat situ aku belajar macam-macam benda. Tapi yang penting sekali is that do not take things for granted. Belajar bersyukur dan menghargai dengan apa yang kau ada hehehe.

Sekarang week 9, aku tak tau apa benda yang aku belajar. Minta hati aku terang la nak tuntut ilmu hehehe.

Lastly, sebab aku tak nak lupakan benda ni. Aku buat kerja gila pergi bagi number aku dekat orang dalam chat room. Mana tau boleh terjatuh pulak kan... Untuk Khan, terima kasih. Sebab I jatuh hati dengan pengalaman you, dan bila kita stop i sangat rindu dekat you. Semoga you dilindungi Allah sepanjang waktu. We can never be together without raising peoples eyebrows and at the same time I am afraid to take the chances. I ingat pesan you untuk belajar bersungguh-sungguh and be myself dan macam you kata senyum je. Hehehehe. Terima kasih.


Jul 22, 2017

hurm

Sampai satu tahap aku wonder, kenapa aku ni tak pernah nak rebel. Bila aku fikirkan balik, sebenarnya aku ni kurang perhatian daripada mak pak aku. So, sebenarnya aku wonder. Kenapa aku tak cari perhatian tu dari tempat lain? Adakah sebab aku tak mempunyai keyakinan yang cukup untuk pegi cari benda tu? Mungkin tuhan ciptakan aku yang perempuan ni tapi berbulu macam lelaki sebab nak jauhkan aku dari benda tu. Tapi apa beza dia. It still sucks. fml.

Bila kau fikir balik, antara adik-beradik aku, aku je yang takde fasa rebel. Aku ikut je flow. Dan sekarang rasa macam nak muntah. Aku baru 21, tapi aku rasa hidup aku penuh dengan regrets. benda yang aku takut nak buat. sampai bila aku nak hidup macam ni hidup di sebalik bayang-bayang orang.

Jul 18, 2017

terima kasih

Hari ni last exam paper untuk senior. Aku turun bawah pergi lab nak cuci barang-barang projek aku. Dan aku juga teman kawan aku nak bagi buku dekat senior dia. Dan ternyata lah berbaloi sangat aku teman dia sebab aku nampak crush aku berbaju melayu dark blue. Time ni aku rasa adakah ini jodoh. Tapi aku buang je perasaan tu sebab taknak menghadap realiti yang aku patut make a move.

Aku rasa happy untuk dia sebab dah habis belajar but at the same time, aku rasa sedih jugak sebab next sem aku takde crush dah nak look forward untuk tengok hari-hari hurm. Dan bila dia ada kat situ, aku jadi sangat segan nak glipmse tengok dia. Should man up and pandang (and confess lel). 

Dan yang ini untuk awak, senior.
Kepada awak, good luck dan sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga perjalanan awak dipermudahkan. Selamat bergraduasi. Awak pernah duduk dalam doa saya (dan mungkin masih?) Terima kasih untuk rasa bahagia yang indirect sepanjang saya sem 2 hingga sem 6. Semoga awak dapat capai segala impian yang awak nak. Dan sekali lagi terima kasih dan semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.

Untuk senior yang tidak pernah mengetahui kewujudan aku,
Aliya

Exam tinggal lagi satu paper ni tapi malasnya ya ampun. Semoga kita semua kuat semangat untuk menjalani kehidupan ini.



May 13, 2017

Mei?

Aku tengah ada hospital attachment. Okay la. Seronok. different environment.
Aku sedang mengejar untuk buat aku punya fyp. Hurm.
Dan aku ada banyak kerja tapi tak ada keinginan nak buat.
Doakan aku.

Banyak-banyak sayang,
Aliya

Mar 24, 2017

Mac

Habis minggu tiga.
Aku officially penat. sangat penat.

Feb 20, 2017

feb

Aku dah habis community attachment aku dah.

Banyak aku belajar. Dekat situ aku nampak, susah sebenarnya nak manage sebuah farmasi independent as in benda tu bukan franchise. Sebab, kau akan jadi segala-galanya untuk make sure farmasi kau running setiap hari. Kau kena deal dengan customer la, supplier, orang datang dengan produk baru dan juga pihak enforcers (banyak, time aku praktikal orang datang nak check gst). Dan bila aku attachment kat phamacy, benda tu buat aku sedar that manusia sanggup berhabis ratusan ringgit just to improve their life. Dan juga, you might appear to be looking normal and fit, but after you have undergone for your blood pressure test, the reading outcome was 156/100. Then, kita yang si tukang check tu pulak rasa sedih but of course berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :( Dan dekat sini, aku belajar, kau as a retail pharmacist, you have to be stronger than the patients sebab kat sini, kau akan berinteraksi secara terus terhadap patients. You have to guide them on what should be done or things that the patients could avoid. You have to familiarize yourself with all of the steps involved. Dan, betul la, hati kau kena kering sikit tapi kau perlukan a little bit of empathy in order to create a comfortable atmosphere for the patients to share their problems. Benda macam ni buat aku terfikir yang ada hikmahnya aku tak amik medic lol. Bedah2 orang boleh nangis pulak. Hati tisu memang tak boleh la kalau kau nak kena handle patients.

Tu belum lagi yang datang pak cik mak cik yang tua-tua. Having difficulties in expressing what they are facing. It is kind of different, where one learns it in the class and where one experiences it by themselves. Dan yang paling aku tak lupa, ada chinese couple level ada cucu baya kitorang. Maybe the couple tu, umur dia around 70s la kot. The husband datang dulu, tanya kitorang ada buat hemoglobin test tak sebab dia kata wife dia kurang darah. Kitorang pun jawab ada. Then, a few days later, the couple datang. Uncle bawak auntie kali ni nak check hemoglobin level dia. Daripada appearance, kitorang boleh nampak yang auntie ni sangat frail, nampak pucat and penat (sebab nak naik pharmacy tu ada tangga). So kitorang suruh auntie tu relax dulu. Cakap punya cakap, baru tahu yang uncle ada hearing difficulties. Barulah kitorang faham yang kenapa sebelum ni macam susah nak explain kat uncle tu. Maybe the lack of fluency on uncle and auntie's part in both bahasa and english? lepas tu, kitorang pun cakap la dengan kuat dan jelas (walaupun Q yang banyak cakap, sebab aku tak boleh nak brain langsung apa auntie and uncle cakap). Dan untuk test tu, aku yang cucuk jari auntie. Dari tangan pun, tengok tangan auntie tu, alahai pucatnya T.T. Sorry auntie, saya tak buat betul2 dan menyebabkan kena amik darah dua kali T.T. Dan daripada result, level of hemoglobin dalam darah auntie sangat rendah compared to the normal value. Cakap punya cakap, auntie pun confess yang dia dah tak amik folic acid selama sebulan (siap bawak lagi strip yang dah habis tu). Dan sebagai student praktikal, kitorang suggest auntie teruskan je amik folic acid tu. Uncle siap belikan supply folic acid untuk dua bulan. Time nak bayar pun, auntie terus sembang2 lagi. Maybe diorang pun dah tua, sunyi agaknya, anak cucu semua dah keje. Jadi, kitorang layankan aje hehe.

So, pengajaran daripada situ, aku harap aku kan dapat achieve apa yang auntie and uncle tu ada. Aku nampak cara betapa sayangnya nya uncle tu kat auntie tu. So, yeah. Semoga uncle and auntie live long and healthily :) Dan to auntie and uncle you guys are #relationshipgoals

Nak tambah juga, bila kau praktikal kat farmasi tu, kau sedar yang drug will be the last line of theraphy :)

Bulan dua habis macam tu je. Buat praktikal.
Dan minggu ni seminggu berprogram (menyesal bagi nama) #taknaksunburn

Aku dapat dekan sem lepas.
Alhamdulillah T___________________T
(walaupun aku tak tau macam mana boleh dapat.. Terima kasih lecturer yang tanda kertas tu sebab Allah dan lecturer yang tanda kertas tu je tahu apa benda yang aku tulis atas kertas tu)
dan aku sangat terkejut. macam wtf x1000. tapi aku rasa ramai je yang dapat dekan sebab aku pun boleh dapat dekan lol. #averageatitsbest

Yang ikhlas,
Aliya
(semoga aku dapat berkhidmat dalam masyarakat)

Jan 14, 2017

.

mencari kawan untuk pergi ke konsert dekat bangkok pada 7 april.

hurm.

kalau la aku berani travel sorang2. hurm.

impian yang takkan tercapai.

Jan 7, 2017

2k17

Hai
Sekarang tengah musim exam. Rase rase macam tak nak amik exam je tapi nak 4 flat. Hurm. 

Perasaan nak pergi concert coldplay tiba-tiba membuak lol (sis tak boleh move on lagi ni T.T) Hurm. Tiket kat bangkok okay lagi la harga dia orang jual balik tapi tiket yang kat singapore punya??????!!!

Macam cb.

So kepada reseller yang mark up price gila-gila tu, tak berkat la duit tu, as in kena rompak ke apa etc biar padan muka hurmmm. Banyak lagi benda yang aku nak cakap kat reseller tersebut. Hidup ni sekali je woi, tak payah kiasu sangat. Duit banyak-banyak bukan boleh bawak mati pon. (Translated as to all those stupid selfish douchebag *insert more curse words* reseller, we live once only, so you guys dont have to be so kiasu to sell the tickets at higher price, you guys are not going to bring those money with you when you die right???!)

*breath in* *breath out*

Kenapa tak pegi bangkok? Sebab kakak aku tak nak pegi, maybe sebab isu keselamatan aku rasa. Hurm. Time-time macam ni la aku wish yang aku ni dilahirkan as lelaki. Tengok abang-abang aku mak aku lepas je nak pergi mana-mana. Yang aku ni nak pegi jogging pun kena restriction. I should find a bunch of guy friends masa sekolah dulu. So that senang nak minta tolong if anything happens. Lel. Hurm. Maybe mak aku takkan rasa aku ni foreveralone sangat kot.

Hajat tahun baru nak minta tiba-tiba ada dua tiket standing coldplay in singapore 1 april jatuh dari langit atas riba aku (which is memang tak la kan) hurmm. So depressing. So, if anyone who stumbles upon this blog and wants to sell their coldplay tickets at original price, do message me ya. Hurm.

To Coldplay, please come to Kuala Lumpur. Please, please and please. Please acknowledge Malaysia existence on the world map lel. Okay. #coldplayforkualalumpur

P/s: Hajat aku nak pegi concert seems so petty compared to orang yang hidup dalam zon peperangan and wishing for peace and their family safety. Hurm. What a world we live in. dan kepada diri sendir imoga cepat matang.

*banyaknya hurm dalam post ni. hurm.
Yang ikhlas, marah, sedih dan nak exam,
Aliya