Jul 22, 2017

hurm

Sampai satu tahap aku wonder, kenapa aku ni tak pernah nak rebel. Bila aku fikirkan balik, sebenarnya aku ni kurang perhatian daripada mak pak aku. So, sebenarnya aku wonder. Kenapa aku tak cari perhatian tu dari tempat lain? Adakah sebab aku tak mempunyai keyakinan yang cukup untuk pegi cari benda tu? Mungkin tuhan ciptakan aku yang perempuan ni tapi berbulu macam lelaki sebab nak jauhkan aku dari benda tu. Tapi apa beza dia. It still sucks. fml.

Bila kau fikir balik, antara adik-beradik aku, aku je yang takde fasa rebel. Aku ikut je flow. Dan sekarang rasa macam nak muntah. Aku baru 21, tapi aku rasa hidup aku penuh dengan regrets. benda yang aku takut nak buat. sampai bila aku nak hidup macam ni hidup di sebalik bayang-bayang orang.

Jul 18, 2017

terima kasih

Hari ni last exam paper untuk senior. Aku turun bawah pergi lab nak cuci barang-barang projek aku. Dan aku juga teman kawan aku nak bagi buku dekat senior dia. Dan ternyata lah berbaloi sangat aku teman dia sebab aku nampak crush aku berbaju melayu dark blue. Time ni aku rasa adakah ini jodoh. Tapi aku buang je perasaan tu sebab taknak menghadap realiti yang aku patut make a move.

Aku rasa happy untuk dia sebab dah habis belajar but at the same time, aku rasa sedih jugak sebab next sem aku takde crush dah nak look forward untuk tengok hari-hari hurm. Dan bila dia ada kat situ, aku jadi sangat segan nak glipmse tengok dia. Should man up and pandang (and confess lel). 

Dan yang ini untuk awak, senior.
Kepada awak, good luck dan sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga perjalanan awak dipermudahkan. Selamat bergraduasi. Awak pernah duduk dalam doa saya (dan mungkin masih?) Terima kasih untuk rasa bahagia yang indirect sepanjang saya sem 2 hingga sem 6. Semoga awak dapat capai segala impian yang awak nak. Dan sekali lagi terima kasih dan semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.

Untuk senior yang tidak pernah mengetahui kewujudan aku,
Aliya

Exam tinggal lagi satu paper ni tapi malasnya ya ampun. Semoga kita semua kuat semangat untuk menjalani kehidupan ini.