Tidak, aku tiada kekasih dari bintang. Haha. Ini lah yang terjadi kalau title post nak gebang sangat.
My Love From The Star, drama korea yang menjadi favourite aku. Entah kenapa yang ni tarikan dye lain sikit daripada drama yang lain. Mesti orang selalu ingat asal cerita korea je, mesti kisah yang sama. Si A yang kaya suka sangat kat B tapi mendapat tentangan dari keluarga. Dan pada masa yang sama si B ni boleh pulak ada penyakit cancer. Saat konflik, join lagi si C nak membantu si B, tapi last-last sekali si A mesti akan hidup bahagia dengan si B. ( Aku tak tahu apa yang aku merepek ni ) Itulah sikap masyarakat, terlalu judgemental sampai semua benda nak generalize. Aha.
Okay berbalik kepada cerita My Love From The Stars, aku ada crush yang sangat teruk dengan watak utama dye Do Min Joon. Dalam drama ini, Do Min Joon atau Manager Do ini sebenarnya alien. Nampak tak permainan dia kat situ. Of course , bila watak utama adalah alien, kita dah boleh buang semua logik keluar masa menonton drama ini. Bila si Do Min Joon ini adalah alien, mestilah dia ada superpower yang best-best macam boleh teleport je kalau nak pergi mana-mana. Tetapi dalam setiap kelebihan ada kelemahan. Kat bawah ini nanti aku spam gambar Do Min Joon haha. Kiranya Kim Soo Hyun berjaya membawa watak ini sampai aku berharap sangat yang aku akan jumpa aku punya Do Min Joon sendiri. Aku terlampau optimis kan.
 |
| Professor Do Min Joon. Kalaulah dia lecturer aku, hari-hari aku pergi kelas duduk depan pastu tanya soalan. |
 |
| Dorky Min Joon, time muda-muda dulu. |
 |
| Cool Do Min Joon |
 |
| HAHA. Do Min Joon pakai spek, mesti la kacak. |
Aku juga suka dengan watak Chun Song Yi, membuatkan aku senyum sorang2 bila tengok drama ini. Sooorrrry atau thaaaank youuuu , tagline Chun Song Yi yang aku rasa rata-rata peminat drama ni mesti faham. Dalam cerita ini, ada macam-macam konflik yang dikembangkan dengan sangat baik. Konflik cerita ini sangat menarik bagi aku. Perkembangan watak dan perkaitannya dengan sesuatu perkara membuatkan aku rasa cerita ni patutnya dilabel sebagai misteri. Kita juga dapat tengok industri lakonan di Korea sikit-sikit. Masalah kemurungan di kalangan artis, sikap cemburu dan agensi yang hanya mengaut keuntugan sahaja. Konsep hubungan antara individu itu tak dilupakan. Hubungan manusia antara makhluk asing, hubungan kekeluargaan, hubungan dengan kawan baik, hubungan kita dengan masyarakat dan banyak lagi. Cerita ini tak terlalu memfokuskan kepada love story pada pendapat aku. Melalui Chun Song Yi sahaja, kita dapat melihat watak dia sebagai seorang pelakon, kekasih, kawan baik, anak dan juga kakak kepada Chun Jae. Even Do Min Joon punya relationship dengan peguam dia memberikan perasaan yang sangat 'warm'.
Jadi aku sarankan silalah tonton drama ini. Aku tak habis tengok lagi sebenarnya tapi aku teringin sangat nak tahu ending drama ini. Tapi takpe, aku kuat dan aku akan tahan diri daripada mengoogle ending drama ini. Haha. Drama ini juga membuatkan aku terfikir apa rasanya kalau aku dapat hidup sampai umur 400 tahun. Suatu jangka masa yang sangat lama. Si Do Min Joon mesti dapat tengok gelagat manusia yang pelbagai ragam. Kalau aku mesti bosan dan muak.
P/s : Aku dah start cuti. Lemak-lemak akan bersatu hati untuk mendekatkan diri dengan aku. Tidaaaaaaaak.