Baru aku sedar lapan bulan mengenali budak-budak kelas time asasi, sudah cukup untuk membuatkan aku akan merindui mereka. Tinggal seminggu sahaja lagi, lepas itu dah study week and then final. Aku bersyukur aku berpeluang mengenali groupmate aku yang datang dari pelbagai latar belakang. Aku rasa bersyukur sangat. Mereka sangat awesome. Sampai bila-bila pun aku tidak akan lupakan mereka.
Tidak tergambar perasaan aku, bbq semalam adalah salah satu perkara yang terbaik dalam hidup aku. And tak lupa gak, time main Truth or Dare ( dikenali sebagai dare** ) thanks to *** and **** sebab aku rasa botol tu direct kene aku tapi korang ia2 kata botol tu direct kat ****. hahaha. And video kelas yang sangat special dari aku punya class rep. Dalam video tu muka aku tersangatlah derp. Nampak tak penggunaan meme disitu. Dan juga jam misai turqoise yang sangat comel. Thanks ******* . Kaki-kaki selfie semalam mesti sangatlah enjoy. Maafkanlah aku kalau aku terselit masuk kat dalam gambar korang. ehehehe. Apa-apa pun, bbq semalam adalah sangat awesome. Paling awesome. Makanan pun sedap-sedap hehehehehe.
Dan baru aku sedar, dulu aku nak sangat asasi aku ni habis cepat. Dan sekarang. bila dah nak habis, aku rasa macam nak berhentikan masa. Aku rasa aku akan menangis time last tutorial atau lecture, sebab aku tahu, masa tak banyak dah untuk aku jumpa dengan diorang. Aku akan merindui orang-orang awesome ni. Di mana, bila lagi kan nak jumpa dengan mereka-mereka. Jadi, aku akan mengguna pakai masa seminggu ini, untuk mencipta kenangan-kenangan yang baik. Masa 8 bulan sudah cukup untuk membuatkan kita punya rasa kasih dan sayang terhadap orang lain. Jadi hargailah setiap masa dan detik dalam kehidupan anda. Masa tidak akan berputar kembali dan juga tidak akan dicepatkan.
Live every seconds of your life to the fullest. Do not regret. In order to love others, we have to learn to love ourself.
P/s : Aku ******* orang sebab aku nak blog ni kekal anonymous.
No comments:
Post a Comment