Jul 18, 2017

terima kasih

Hari ni last exam paper untuk senior. Aku turun bawah pergi lab nak cuci barang-barang projek aku. Dan aku juga teman kawan aku nak bagi buku dekat senior dia. Dan ternyata lah berbaloi sangat aku teman dia sebab aku nampak crush aku berbaju melayu dark blue. Time ni aku rasa adakah ini jodoh. Tapi aku buang je perasaan tu sebab taknak menghadap realiti yang aku patut make a move.

Aku rasa happy untuk dia sebab dah habis belajar but at the same time, aku rasa sedih jugak sebab next sem aku takde crush dah nak look forward untuk tengok hari-hari hurm. Dan bila dia ada kat situ, aku jadi sangat segan nak glipmse tengok dia. Should man up and pandang (and confess lel). 

Dan yang ini untuk awak, senior.
Kepada awak, good luck dan sentiasa dalam lindungan Allah. Semoga perjalanan awak dipermudahkan. Selamat bergraduasi. Awak pernah duduk dalam doa saya (dan mungkin masih?) Terima kasih untuk rasa bahagia yang indirect sepanjang saya sem 2 hingga sem 6. Semoga awak dapat capai segala impian yang awak nak. Dan sekali lagi terima kasih dan semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.

Untuk senior yang tidak pernah mengetahui kewujudan aku,
Aliya

Exam tinggal lagi satu paper ni tapi malasnya ya ampun. Semoga kita semua kuat semangat untuk menjalani kehidupan ini.



No comments:

Post a Comment